--> Skip to main content

Kemunculan Baru "Fantastic Four" Dari Marvel?!


Beberapa hari lepas, presiden Marvel Studio, Kevin Feige telah mengumumkan pembikinan filem Fantastic Four yang baru. Bagaimanapun, tarikh rasmi filem kumpulan adiwira ini tidak didedahkan olehnya.


Korang ingat lagi tak filem Fantastic Four yang di hasilkan pada 2015? Tahukah korang filem berkenaan yang dibintangi oleh Miles Teller, Michael B. Jordan, Kate Mara and Jamie Bell yang diarah oleh Josh Trank berkenaan mendapat kritikan atas beberapa sebab.


Tapi sebelum itu, Fantastic Four pertama dihasilkan adalah pada 2005 yang dibintangi oleh Gruffudd, Jessica Alba, Michael Chiklis and Chris Evans yang kemudiannya menjadi Captain America di Marvel Studio.

Secara ringkas, Fantastic Four adalah kumpulan adiwira yang terdiri dari "Mister Fantastic", seorang lelaki yang mampu meregangkan tubuh badannya secara luar biasa, "The Invisible Women", mampu untuk menghilangkan diri dari dikesan, "The Human Torch", yang mampu mengeluarkan api dari tubuh badan serta "The Thing", yang mempunyai kekuatan yang sangat kuat.

Sumber: Variety




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 23 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...