--> Skip to main content

Ruhainies Bakal Menamatkan Zaman Bujang Bersama Kekasihnya


Korang kenal tak pelakon yang iras ala-ala Nora Danish iaitu Ruhainies? Sekarang ini dia tengah bercinta dengan seorang jejaka yang bernama Mr E. Johan tau tetapi sis pun tak tahu siapa sebab Ruhainies memang sembunyi rupa dia di media sosial.

Dengar-dengar cerita Ruhainies dah bersedia nak jadi isteri dan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka idaman dia selepas setahun diaorang bercinta. Walaupun diaorang dah bersedia untuk bergelar suami isteri tetapi diaorang ni masih belum ada ketetapan tarikh.

"Nantilah masa bertunang mesti akan tahu juga nama penuhnya. Apa yang boleh saya kongsi setakat ini nama dia Johan. Perkenalan kami sudah lama dan tak naklah bercinta lama-lama juga. Jadi sebelum berkahwin kami akan bertunang terlebih dahulu kemudian bernikah.

Tambahan pula, Ruhainies memberitahu yang dia belum pergi mengambil kursus kahwin dengan kekasihnya malah dia berkata bahawa kakaknya, Risteena yang sudah mengambil kursus kahwin tetapi tak ada sesiapa pun yang dapat mengecam kakaknya sebab dia memakai niqab.

"Kami masing-masing sudah bersedia cuma belum ada ketetapan tarikh untuk tunang dan nikah. Belum pergi kursus kahwin lagi, yang hari itu Risteena. Tak dapat cam kan? Sebab Ris pakai niqab," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 23 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...