Kumpulan Jemaah Haji Pertama Malaysia Selamat Tiba


Petang semalam, seramai 474 orang jemaah haji yang termasuk dalam kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah. Kumpulan KT29 itu dilaporkan tiba pada jam 1.26 tengah hari waktu tempatan atau 6.25 petang waktu Malaysia.

Laporan yang dimaklumkan oleh Lembaga Haji itu sebelum ini berkata jemaah haji telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 9.15 pagi dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines Berhad, MH8128.

Untuk maklumat korang dan ahli keluarga yang mungkin terlibat untuk musim haji tahun ini, penerbangan pada 4 hingga 17 Julai akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Abdul Aziz dan bagi mereka yang berlepas pada 18 Julai hingga 5 Ogos pula akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.


Sumber: Oh! Media