--> Skip to main content

Mata Tidak Boleh Dibuka Selepas Tersalah Titis Ubat Mata


Malang memang tidak berbau. Seorang lelaki dikejarkan ke hospital apabila dia tersalah menggunakan ubat titis mata dan telah menggunakan gam gajah. Akibat dari itu, matanya tidak boleh dibuka dan telah pergi ke hospital mata di Oxford.

Menurut doktor, lelaki itu bernasib baik kerana dia membasuh matanya, jika tidak keadaan menjadi lebih teruk. Kejadian ini dilaporkan dalam British Medical Journal dan kes menakutkan itu yang berlaku pada minggu ini merupakan salah satu daripada 15,000 kes yang diterbitkan oleh majalah terbabit.

Kes ini mendapat perhatian disebabkan gam gajah itu dijual dalam botol yang sama dengan botol untuk ubat mata.

Untuk pengetahuan korang, kejadian serupa ini bukanlah kali pertama berlaku dan ia sering terjadi sejak tahun 1982 lagi.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 10 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...