--> Skip to main content

Ole Gunnar Masih Harapkan Pogba Tidak Tinggalkan United


Jurulatih pasukan Machester United, Ole Gunnar Solskjaer dilihat masih memerlukan khidmat Paul Pogba untuk memberikan persembahan yang lebih baik buat musim depan. Walaubagaimanapun, Pogba hanya akan kekal bersama United hanya jika Real Madrid atau Juventus tidak membuat tawaran yang besar sekitar RM867 juta.

Pogba dan ejennya, Mino Raiola tidak berahsia mengenai keinginan untuk meninggalkan kelab berkenaan, namun Solskjaer percaya dia boleh memberikan motivasi buat pemain dengan rekod pembelian United itu untuk menjadi pemain utama kelab musim depan.

“Saya boleh berikan dia cabaran baharu,” kata pengurus United itu.

“Paul ialah pemain utama dan pemain yang hebat. Dia tidak pernah ada masalah. Jika kami boleh membuatkan dia kembali bermain seperti dia mula datang ke sini, dia akan membawa kemenangan buat anda.

“Saya tidak pernah kecewa dengan apa yang pernah dikatakannya kerana kami selalu berbincang dan kami tahu apa yang Paul fikirkan.

“Saya tidak boleh menjawab soalan berbentuk ramalan. Kami masih tiada sebarang tawaran.”

Bagaimanapun United bergelut untuk menyelesaikan masalah pemain gaji termahal, Alexis Sanchez dan Solskjaer merancang untuk mengekalkan pemain Chile itu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan



Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 17 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...