--> Skip to main content

Pantai di Port Dickson Disenarai Antara Terbaik di Malaysia


10 pantai di Negeri Sembilan disenaraikan sebagai pantai terbaik di antara 152 pantai di negara ini.

Pantai tersebut ialah pantai Bandar Port Dickson, pantai Saujana (Batu 4), pantai Cahaya Negeri (Batu 5), pantai Cahaya Negeri (Batu 6), pantai Cunningham (Batu 7), pantai Teluk Kemang, pantai Tanjung Biru (Batu 10), pantai Port Dickson (Janakuasa TNB), pantai Teluk Pelanduk dan pantai Cermin.

Indeks Kualiti Air Marin (IKAM) memberi indikasi bahawa pantai di Negeri Sembilan adalah bersih dan selamat untuk kegunaan orang awam manakala dua kuala di negeri ini iaitu Kuala Sungai Lukut dan Kuala Sungai Linggi turut tersenarai sebagai kuala terbaik di antara 76 kuala di Malaysia.

Pulau Arang di Port Dickson pula tersenarai antara pulau terbaik daripada 90 pulau di Malaysia.

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 13 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...