--> Skip to main content

RON97 Hadapi Kenaikan Lagi Minggu Ini


Sengaja kami update lambat sikit tentang kenaikan harga runcit minyak bagi minggu ini yang melibatkan kenaikan sebanyak 4 sen bagi RON97 iaitu pada RM2.57 seliter.

Namun seperti biasa, kenaikan ini tidak melibatkan RON95 dan Diesel kerana ia pada kadar maksimum iaitu RM2.08 dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya ialah masing-masing RM2.27 dan RM2.29 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Tambah kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh berkenaan adalah berjumlah RM114.06 juta.

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 13 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...