PUBG: VIP Squad Muncul Juara PMNC 2019 Dan Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM40,000.



Grand Final Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) telah pun melabukan tirainya semalam yang menyaksikan Victorious In Play (VIP) Squad muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000. Kejohanan itu juga menyaksikan 4 penyandang PMNC tahun lalu berjaya mengekalkan posisi mereka untuk mendapatkan slot ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019.

VIP Squad, AROV, Junior Talent dan Team Secret bakal menyertai Yoodo.Gank untuk beraksi di liga tersebut yang dijangka berlangsung pada September nanti, di Bangkok Thailand selama lima minggu.

Keempat-empat pasukan itu juga berjaya meraih sekurang-kurangnya 1 Chicken Dinner dalam kejohanan PMNC. Berikut adalah ranking penuh PMNC 2019, selepas 12 pusingan telah berlangsung selama 2 hari kejohanan:






Kejohanan itu juga menyaksikan pemain VIP, Jumper terpilih sebagai pemain terbaik, MVP. Grand Final PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall itu, menyaksikan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile beraksi untuk merangkul kejuaraan kejohanan itu.

Sumber: WTM

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan



Sumber: Oh! Media