MLBB: Soloz Menang Anugerah "Most Watched Creator Malaysia"



Mohd Faris Zakaria (Soloz) mencatat sejarah tersendiri apabila terpilih untuk memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Kandungan yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Facebook.

Dalam satu catatan di media sosial, Soloz berkongsikan berita gembira tersebut dengan kapsyen: “Thanks guys for wonderful support". Sejak menubuhkan laman Facebooknya sendiri pada 24 Januari 2018, Soloz kini telah menerima 241,308 kesukaan (likes) dan 448,190 pengikut setakat ini.




Selain bermain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Soloz turut bermain PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile). Soloz merupakan antara pemain e-sukan terkemuka tanah air yang dikagumi ramai peminat berikutan skil individunya dan sifat rendah diri yang ditonjolkan sebagai seorang pengaruh (influencer.)

Selain melakukan penstriman langsung, Soloz kini menggalas tugas sebagai Kapten bagi bahagian MLBB Shopee Bosskurr selepas Ahmad Fuad Razali (Fredo) kini memberi tumpuan untuk e-sukan PUBG bagi organisasi itu.



Sumber: WTM

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media