--> Skip to main content

Sebuah Kafe Di India Terima Plastik Sebagai "Bayaran" Makanan

Sumber : Google
Mungkin kedengaran pelik bagi kita menggunakan plastik untuk membayar makanan. Selalunya kita menggunakan plastik dengan tujuan membungkus makananan. Lain pula ceritanya di India. Sebuah kafe di New Delhi yang akan dibuka menawarkan perkhidmatan menukar plastik kepada makanan.

Kafe yang dikenali sebagai "Garbage Cafe" atau Kafe Sampah itu diwujudkan untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat kepada golongan miskin dan gelandangan selain untuk menjaga kebersihan bandar berkenaan.

Semua orang dialu-alukan mendermakan plastik. Kafe ini akan dikendalikan kaum wanita dan persiapan sedang dibuat, kata Datuk Bandar Ajay Tirkey.

Hidangan yang ditawarkan ialah mengikut berat yang telah ditetapkan. Untuk satu kilogram plastik, mereka akan mendapat makanan berupa kari dengan nasi, lentil dan papadom. Manakala bagi setengah kilogram, akan menerima samosa, donut lentil atau roti sumbat.

Yang lebih menarik, selapas kafe ini dikenali, akan ada rancangan untuk membuka kafe dengan idea berkenaan dibeberapa buah negara, misalnya Kemboja dan Belgium. Tapi tahukah korang, India juga turut menggunakan plastik untuk membina jalan raya.



Sumber: Metro Online
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 29 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...