--> Skip to main content

"Syiah Boleh Diamalkan Selagi Ahli Sunnah Dihormati" - Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengikut Syiah boleh mengamalkan fahaman tersebut selagi menghormati fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di negara ini. Perdana Menteri berkata, adalah menjadi hak peribadi semua individu untuk mengamalkan ajaran atau fahaman masing-masing.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai mengulas pembatalan satu seminar yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini untuk mempromosikan Mesej Amman selepas menerima ancaman bom daripada kumpulan anti-Syiah.

“Jika mereka mahu mengalu-alukan Buddha atau Syiah atau apa sahaja, itu adalah hak (peribadi) mereka. Selagi mereka (golongan minoriti) tidak cuba menyebarkan ajaran mereka dalam kalangan umat Islam Malaysia yang semuanya Ahli Sunnah Wal-Jamaah,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam dilaporkan bahawa seminar Mesej Amman anjuran Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) dibatalkan kerana penganjur menerima ancaman bom di Facebook. Jurucakap IAIS berkata, keputusan itu dibuat oleh pihak pengurusan tinggi badan itu. Mengulas lanjut, Mahathir berkata, tindakan mengancam keselamatan pihak penganjur “bukan cara yang betul”.

Semalam, polis mengesahkan terdapat unsur ancaman keselamatan diterima atas penganjuran seminat tersebut. Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asmawati Ahmad berkata seminar itu, yang dijadualkan pada 13 Julai sudah pun dibatalkan oleh penganjur.

Ancaman itu katanya dibuat oleh salah seorang pengguna pada 6 Julai melalui satu akaun Facebook Gerakan Banteras Syiah, yang menggesa untuk menghentikan penyebaran fahaman Syiah. Mesej Amman yang ditandatangani di Amman, Jordan oleh Raja Abdullah II pada 2004 mengesahkan kesahihan 8 mazhab Islam, termasuk Sunnah dan Syiah, 2 mazhab terbesar di dunia Islam.

Symber: New Malaysian Post

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 12 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...