--> Skip to main content

PU Abu Dan Hana Bercerai, Netizen Ucap Padan Muka!


Pendedahan rumah tangga PU Abu dan Hana Azraa yang bergolak dan diambang penceraian baru-baru ini nampaknya mengundang rasa puas hati di kalangan netizen yang menganggap ianya balasan buat Hana.


Di Twitter, ramai meluahkan rasa gembira apabila Hana mendedahkan dirinya dan suami tidak lagi tinggal sebumbung. Malah ada yang membangkitkan kembali isu bekas isteri PU Abu yang diceraikan sewaktu mengandung.


Ramai mengatakan perkahwinan PU Abu dan Hana selayaknya tidak bahagia kerana perbuatan mereka yang didakwa 'bercekerama' ketika bekas isteri pertama sedang sarat mengandungkan anak pertama terdahulu.


Sebelum ini kecoh industri hiburan apabila PU Abu telah menceraikan bekas isteri yang sedang hamil tujuh bulan dengan talak dua. Dalam masa sama, timbul pula dakwaan mengatakan Hana menjadi punca perpisahan itu. Tidak lama kemudian, PU Abu dikatakan telah bernikah dengan Hana di Thailand apabila ada saksi melihat mereka disana.

Tidak menafikan dakwaan terbabit, PU Abu menjelaskan sudah berkahwin dengan Hana secara sah di Malaysia. Sehingga ke hari ini status rumah tangga pasangan ini masih menjadi tanda tanya selepas PU Abu menafikan perkahwinan mereka bergolak dan kini berada didalam proses penceraian.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 12 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...