'Dia ambil sisa makanan yang masih elok untuk dimakan'


Biarpun perut kosong menahan kelaparan, lelaki ini tidak mahu meminta-minta kerana terlalu segan untuk berbuat demikian. Datangnya ke tempat itu untuk mencari pekerjaan, tetapi tiada sesiapa yang mahu menerimanya. 

Perbuatannya di sebuah restoran diperhatikan oleh pasangan ini sebelum si lelaki ini mengambil keputusan untuk menghampirinya bagi mengetahui apa yang sedang dilakukannya. 

SEDANG kami duduk di satu meja melayan kehendak anak-anak kami nak makan KFC, mata ini perasan seorang hamba Allah ini asyik mundar mandir dalam restoran. 

"Tunggu atau cari kawan kot?" 

Tetapi bila dua tiga kali dia meronda-ronda dalam KFC itu dengan satu beg galas, timbul pula satu rasa curiosity. Dia buat apa? Nak cari meja kosong? Banyak lagi meja. 

Matanya sayu, dia asyik memandang melilau tengok meja-meja orang lain yang penuh dengan makanan itu. Okey, there's must be something ni. 

Kami perhati saja gerak geri dia dalam kFC tu. Akhirnya kami tahu apa yang dia buat. Allahu.. gais, dia akan pergi ke meja yang pelanggan dah habis makan. Sebelum staff KFC datang bersihkan meja, dia akan pergi tengok kalau-kalau masih ada tertinggal rezeki bahagian yang masih elok untuk dimakan dan dia akan ambil dan simpan dalam kotak. Letak di bangku dan berhati-hati makan. 

Allahuakbar. Terkedu hati, berkaca mata kami dik oi.

Apa yang kami buat selepas menyaksikan kejadian itu, tak perlulah kami ceritakan. Bukan point itu yang nak dicanangkan. 

Ringkas cerita, sempat juga abang interview dia sambil dia menjamah makanan. Orangnya tak banyak cakap, lembur tutur kata tetapi macam 'slow' sikitlah. Tapi siapalah kita nak menilai orang kan? 

Adam namanya, katanya datang dari Felda Panching Timur (tak jauh mana, dalam 25-30 kilometer dari bandar Kuantan) datang dari kelmarin lagi tumpang kawan. 


Cadangnya nak mencari kerja di bandar, banyak tempat dah dia tanya tetapi tiada sesiapa yang mahu mengambil dia bekerja. 

"Kenapa tak minta saja makanan?" 

Dia tak ada duit, tapi dia segan untuk meminta-minta. Saya tanyalah semalam dia tidur di mana. Katanya di masjid. 

"Bila last makan?"

"Ni baru nak makan bang, 6.30 petang". 

"Dulu kerja mana?" 

"Kat kampung, kerja ladang getah."

"Mak ayah ada lagi tak? Datang cari kerja ni diorang tak bagi duit ke?" 

"Mak ayah ada lagi cuma diorang lagi susah, memang tak mampu nak bagi duit." 

"Adam boleh buat kerja apa?"

"Macam-macam kerja boleh buat, kemas-kemas, angkat barang, tolong-tolong buat rumah pun boleh."

Okey, saya dah tak sanggup nak bertanya lagi. Saya tinggalkan dia menjamah rezeki yang dia dapat itu perlahan-lahan. Cuma pesan saya, bila ke masjid tu solatlah, berdoalah semoga dipermudahkan segala urusan, dilapangkan rezeki moga-moga dapat kerja yang halal. 

Jika ada sahabat yang boleh selidik atau ingin membantu, dia ada nombor telefon, cuma baterinya dah habis tak ada tempat nak cas. 017-9055039.

Andaikata bohong apa yang dia ceritakan kepada saya, maka bohonglah saya. Saya mohon maaf. 

Jangan ucapkan tahniah kepada saya, ucap tahniah kepada diri sendiri kerana masih sudi membaca dan sama-sama prihatin. Dalam susah kita, ada orang lagi susah. Dalam rezeki kita, ada disisipkan juga rezeki untuk insan lain. 

Bukan taraf kita untuk menjatuhkan hukum keadaan seseorang. Baik buruk biar Allah yang tentukan. 

Ya Allah, hindarkanlah diriku dari sifat ujub, sombong, bangga diri (USB). 

Sumber: ! love Pahang


Sumber : thereporter.my