--> Skip to main content

Sarang Burung Walit Mampu Jana Pendapatan Tambahan B40


Korang pernah dengar pasal sarang burung walit? Hari ini, pihak kementerian Pembangunan Usahawan telah menggalakkan keluarga B40 untuk menjalankan industri sarang burung ini yang dilihat mampu memberikan pendapatan lumayan.

Kepada mereka yang berminat juga, dikatakan pihak kementerian akan cuba membantu untuk menyediakan pelbagai inisiatif dan kelengkapan seperti mesin dan juga memberikan peserta pendedahan dan kelas dalam perusahaan ini.


Agaknya berapa pendapatan yang kita dapat jana jika melakukan perniagaan sarang burung walit ni? Difahamkan mereka dapat menjana pendapatan sebanyak RM1,500 sehingga RM2,000 seminggu.

Kementerian sentiasa bersedia menampung setiap kelemahan di kalangan pengusaha dan akan membantu untuk memperkasakan hasil keluaran bagi memenuhi syarat eksport ke luar negara yang ditetapkan. Jika dulu golongan B40 tidak diberi pendedahan dalam industri ini, namun kini kita cuba membantu, ditambah dengan adanya rangkaian seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan SME Corporation Malaysia (SME Corp), katanya.

Jadi, apa pandangan korang? Bagi Ohmedia, sebenarnya banyak sahaja peluang yang kita boleh dapat dan kita sahaja yang perlu bergerak sekarang bagi membentuk dan menwujudkan satu ekosistem perniagaan yang baik.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 17 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...