--> Skip to main content

Kerana Tidak Puas Hati Dengan Kewangan Masjid, Sekumpulan Jemaah Bergaduh Sebelum Solat Jumaat

Sumber : New Malaysian Post
Sedih bila Ohmedia tengok penularan video yang tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan jemaah bertelagah diruangan solat ketika semua jemaah sedang sedia untuk menunaikan solat jumaat, akibat tidak berpuas hati dengan ketelusan pengurusan menjaga kewangan sebuah masjid.

Berdasarkan video berdurasi 4 minit berkenaan, kejadian dipercayai terjadi disebuah masjid di Sabah. Rakaman dibuat oleh salah seorang jemaah yang berada di tempat kejadian berlaku.

Jika dilihat dalam video berkenaan, kejadian dimulakan tindakan seorang lelaki yang berbaju Melayu hijau serta bersongkok hitam menumbuk seorang jemaah selepas bertekak dengannya.

Ia menjadi semakin kecoh apabila berlaku ikut campur dari jemaah lain sebelum dileraikan. Lelaki berkenaan disuruh keluar dari masjid bagi meredakan ketegangan yang timbul. Dilihat, soerang pengerusi masjid cuba meredakan keadaan dan menjelaskan keadaan sebenar mengenai kewangan masjid.


Sumber : New Malaysian Post dan Facebook Hot Tv
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 03 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...