RM 50,000 Sebagai Ganjaran Jika Berjaya Menemui Nora Anne!

Sumber dari Bangkok Post
Kisah ini sudah bermula minggu lepas, dimana seorang remaja Ireland dilaporkan hilang ketika sedang bercuti di sebuah tempat peranginan berhampiran bandar Seremban. Remaja berkenaan dikenali sebagai Nora Anne, mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Masih menjadi tanda tanya, dimanakah keberadaan remaja Ireland berkenaan. Masuk hari ini, kira-kira sudah lebih seminggu kehilangannya. Pelbagai usaha mencari dilakukan termasuklah dari agensi-agensi kerajaan. Turut sama terlibat, ibunya yang turut membantu mencari anaknya itu.

Memandangkan usahanya menemui jalan buntu, dia merayu kepada sesiapa diluar sana yang menjumpai anak kesayangannya  itu, ganjaran sebanyak RM 50,000 akan diberikan kepada mereka yang berjaya menemui anaknya itu.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media