--> Skip to main content

(Video) Budak nyaris maut dijerut tali tersangkut di lif


Viral di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 6 tahun nyaris maut dijerut tali. 

Dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasi dan tarikh itu menunjukkan seorang ibu bersama dengan dua anaknya masuk ke dalam lif tersebut. 

Kanak-kanak lelaki itu juga kelihatan berjalan dengan tali yang diikat di pergelangan kakinya dan dia masuk ke lif tanpa menyedari sebahagian tali itu masih berada di luar lif.  

Apabila pintu lif ditutup dan mula bergerak ke tingkat atas, kanak-kanak itu serta-merta terus ditarik dan secara tidak langsung tali itu menjerut lehernya. 

Si ibu yang panik segera membantu melepaskan tali itu dan cuba menekan butang buka pintu lif. Mujur tali itu dapat dilepaskan dan kanak-kanak itu yang ketakutan terus berlari ke belakang ibunya. 


Ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi anak-anak ketika menggunakan lif, eskalator dan yang lain-lain bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 21 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...