--> Skip to main content

(Video) 'Dayusnya kau pukul kepala perempuan' - Netizen


Viral di media sosial baru-baru ini video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pekerja wanita dikasari seorang lelaki mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 17 Ogos lalu di sebuah restoran beraircond di Saujana Kajang dan tidak diketahui punca sebenar kejadian.

Berdasarkan klip video viral itu, mangsa berada di dapur bersama dengan rakan sekerjanya sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menarik kepalanya dari belakang. 

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus menolak dan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka. Gagal mengawal diri, lelaki itu terus menampar kepala mangsa.


Sumber: Nor Fazlan


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 22 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...