--> Skip to main content

Penyokong Garuda Antara Terbaik Di Dunia? Ini Penjelasan Pengendali Indonesia


Pertembungan diantara pasukan bola sepak Malaysia dan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta tempoh hari telah mengakibatkan beberapa kekecohan diantara penyokong Indonesia dan Malaysia.

Walaupun Indonesia tewas mengejut 2-3 ke atas Malaysia, pengendali Indonesia, Simon McMenemy tetap berbangga dengan semangat penyokong Garuda yang turun dan memberikan sokongan padu. Simon turut melihat, penyokong Indonesia ini antara yang terbaik di dunia.

Terbaik dunia? Sebelum itu, semasa perlawanan berlangsung, perlawanan juga terpaksa dihentikan selama 10 minit selepas dicemari insiden kekecohan kerana ada penyokong tuan rumah yang menceroboh ke kawasan penonton Malaysia. Akibat dari itu, 2 penyokong Malaysia dialaporkan cedera dan terpaksa diusung keluar stadium.

Jadi apa yang dimaksudkan pengendali Indonesia sebagai antara terbaik di dunia itu? Dalam ucapannya, dia menyatakan, walaupun semangat yang ditunjukkan penyokong adalah terbaik, pengendali kelahiran Scotland itu tetap menyifatkan ‘ultras’ mereka adalah yang terburuk dalam arena bola sepak.

Kekecohan yang dilakukan oleh penyokong adalah sesuatu yang tidak boleh saya kawal. Saya tidak boleh kata insiden tersebut tidak menggangu rentak permainan. Kedua-dua belah pasukan tetap mengalami kesukaran. Penyokong Indonesia adalah yang terbaik di dunia, namun ia juga boleh menjadi yang paling buruk, termasuk dalam bola sepak, katanya.

Apa yang Ohmedia boleh katakan, biarlah apa yang berlaku di GBK tempoh hari menjadi pengajaran untuk kita semua dan diharapkan penyokong Malaysia tidak sekali-kali meniru sikap sedemikian dan kita harus menunjukkan contoh yang baik.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Geekz


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 07 September 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...