Tampil Dengan Semangat Yang Berbeza, 6 Pemain E-Sukan Dipilih Sertai OMG


SEREMBAN - Jumaat lalu merupakan detik yang bersejarah buat Oh! Media  apabila mereka memperkenalkan pasukan esports yang digelar sebagai Oh Media Gaming Esports (OMG Esports).

OMG Esports telah membuka ruang kepada 6 pemain terpilih dan fokus diberikan kepada 2  jenis permainan konsol (Playstation) buat masa ini. Pemain terdiri daripada OHMEDIA | YAYAKM, OHMEDIA | KORORO, OHMEDIA | ILYAS, OHMEDIA | ADLI dan OHMEDIA | E.JAMBU sebagai pemain FIFA dan OHMEDIA | YOKE pula akan bermain Pro Evolution Soccer (PES).



Tujuan utama Oh Media Gaming Esports diwujudkan bukan sekadar untuk mencipta nama, tetapi ingin memberi peluang kepada mereka yang mempunyai bakat untuk lebih menyerlah sehingga ke peringat antarabangsa. Oh! Media juga meyediakan pusat latihan bagi memastikan segala strategi permainan dapat diterapkan disepanjang kejohanan.

Pemain OMG Esports akan tampil dengan kelainan luar biasa di mana mereka akan membawa imej Pahlawan Melayu dengan bertanjak ketika bertanding. Tanjak yang dipilih digelar sebagai 'Naga Berlabuh'.


Dari kiri OHMEDIA | YAYAKM, OHMEDIA | YOKE, OHMEDIA | KORORO, OHMEDIA | E.JAMBU, OHMEDIA | ILYAS, OHMEDIA | ADLI


Setinggi penghargaan kepada penaja utama Hausboom, Tanah Melayu, Kraxken dan OMSB.

Hausboom merupakan penaja utama dan minuman rasmi OMG Esports. Hausboom akan membekalkan minuman kepada pemain untuk setiap kejohanan dan korang boleh dapatkan minuman Hausboom ini di 7-Eleven, Petronas, myNEWS.com dan Aeon.

Tanah Melayu pula akan menyediakan Tanjak yang diberi nama "NAGA BERLABUH" untuk pemain OMG Esports pakai ketika bertanding. Jenama Tanah Melayu sudah tidak asing lagi di mana Tanah Melayu adalah produk anak tempatan yang menjual pelbagai baju dan tanjak yang menampakkan imej kemelayuan

Kraxken Esports adalah syarikat pertama di Malaysia yang hanya fokus mengeluarkan rekaan logo dan jersey esports. Jika korang nak tahu, Logo dan jersey OMG Esports semuanya dihasilkan oleh Kraxken.


Dengan ini nantikan kehadiran 'Naga Berlabuh' ke semua kejohanan berprestij dalam dan luar negara.


+Baca respon pembaca di Oh! Media

Sumber: Oh! Media