ADUN Wanita Terengganu Puji Pengurusan PPS Sepanjang Banjir

Zuraida Md Noor.


Oleh:Syazwana M. Zohir

KUALA TERENGGANU, 20 Disember – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor memuji pengurusan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sepanjang banjir di negeri itu.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pengarah Ameerah Malaysia turut menilai pandangan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjadikan PPS sebagai tempat yang mesra ibu menyusu.

“Tapi saya rasa, keselesaan pusat pemindahan banjir, kebelakangan ini sudah boleh dipuji kerana berjaya mewujudkan ruang peribadi untuk satu-satu keluarga.

"Cuma, saya ingin menekankan mangsa banjir supaya menjaga kebersihan diri  walaupun ketika mereka berada di pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya.

Beliau yang ditemui di Kediaman Seri Iman, baru-baru ini, turut menasihati orang awam supaya berwaspada dengan situasi semasa.

“Saya juga ingin mengingatkan ibubapa supaya mengawasi anak-anak ketika musim banjir ini, jangan galakkan mereka bermain air banjir walaupun ia kelihatan cetek.

“Hal ini kerana, ada kes dimana airnya cetek tetapi arusnya sangat deras dan boleh membawa kepada malapetaka,” katanya.

Tegasnya, walaupun PPS seluruh negeri Terengganu telah ditutup hari ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengumumkan banjir gelombang kedua bakal melanda negeri pantai timur mulai 25 dan 26 Disember ini dan skalanya mungkin sama atau melebihi gelombang pertama sebelum ini.












Sumber: teganukita.net