'Daie Farhan ceraikan 'Fatin' (isteri pertama) kerana nusyuz & memfitnahnya' - Sumber


Dituduh kerana nusyuz dan memfitnah suami, wanita ini diceraikan dengan talak satu oleh suaminya yang juga dikenali sebagai pendakwah bebas dari rancangan realiti agama tempatan.  Lebih menyedihkan lagi, ketika talak itu dilafazkan, wanita ini sedang hamil anak kedua mereka.

Sebelum ini tular mengatakan pendakwah ini telah mengahwini seorang ibu tunggal anak lapan di Mekah. Dan satu temubual bersama daie ini telah menjadi perbualan netizen dan dialog yang dipertuturkan dikritik dan dijadikan bahan sindirian bukan sahaja netizen malahan selebriti tempatan. 

"18  senang-senang ditolak, tapi yang ke 19 auranya Ya Allah..." begitu antara dialog Dai’e Farhan ketika ditanyakan mengenai perkahwinan keduanya dengan seorang ibu tunggal anak lapan. Perkahwinan mereka dikatakan berlangsung di Mekah tanpa pengetahuan isteri pertama.


Belum reda dengan isu tersebut, satu perkongsian pula didedahkan oleh seorang peguam yang mengatakan dai’e Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya. Difahamkan, isteri pertamanya, Fatin kini sedang hamil anak kedua mereka.

DAIE Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil anak kedua, dengan talak satu.

Lafaz cerai disampaikan melalui voice note aplikasi WhatsApp. Saya sudah mendengar voice note tersebut. Alasan perceraian ialah kerana Fatin nusyuz dan memfitnah suami.

Pada 22 November yang lalu Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Daie Farhan. Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

Daie Farhan kini berada di China bersama isteri Kaabahnya.


Isu seperti ini sudah pastinya menarik perhatian ramai pihak lebih-lebih lagi apabila melibatkan seorang pendakwah. Rata-rata netizen mengecam tindakan daie dan bersimpati dengan nasib isteri pertamanya.



Sumber : thereporter.my