(Video) Rosakkan pokok cili jiran, ibu seret anak perempuan


Baru-baru ini viral di media sosial negara jiran, video seorang ibu mengheret anak perempuannya di jalanan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di Banda Aceh, dirakam oleh jiran yang menyaksi perbuatan wanita itu yang marah dan mengheret kaki anaknya kira-kira 10-12 meter. 

Mangsa menangis kerana kepala dan badannya terasa sakit akibat diseret. Si ibu enggan peduli dengan tangisan itu, lalu menghempas mangsa ke tanah.

Video viral itu juga menarik perhatian dari pihak polis yang kemudian menahan wanita berkenaan kerana didakwa berlaku kejam terhadap anaknya sendiri. 

Siasatan mendapati, si ibu bertindak sedemikian kerana anaknya telah merosakkan tanaman cili milik jiran mereka. 

Bagaimanapun, polis membebaskan wanita itu setelah keterangannya diambil kerana dia masih mempunyai anak kecil berusia setahun, yang masih menyusu badan. 


Difahamkan, keluarga berkenaan baru sahaja menetap di kampung itu sejak tiga bulan lalu. Ketika kejadian, suami wanita itu tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan. 

Polis juga menegur tindakan perakam yang menyebarkan video itu kerana individu terbabit bukan sahaja boleh mencegah kejadian itu daripada berlaku, malah boleh menghubungi polis untuk meminta bantuan. 

Polis kini sedang mengesan individu yang merakam dan menyebarkan video itu. 

Sumber: Sosok


Sumber : thereporter.my