Gambar Hiasan Poligami Bahagia |
Pasal Da'ie tu aku tak berapa ambik tau sangat, dia nak poligami tu hak dia, just silapnya dia apabila bercerita secara berlebih-lebihan di public, berkenaan reject 18 lamaran, tentang kecintaan dia yang amat sangat pada isteri baru, mengibaratkan dia dengan cinta Siti Khadijah & Nabi SAW, etc. So aku bukan nak cerita pasal dia. Silap dia, biar dia settle sendiri.
Tapi nak cerita pasal wanita-wanita yang tiba-tiba ramai bersuara menolak poligami. Dalam menolak poligami, ada situasi hukumnya HARUS (dibenarkan), ada situasi hukumnya HARAM berdosa besar, dan ada situasi hukumnya jatuh KUFUR (kafir, terkeluar dari Islam terus tanpa was-was). Yang mana satukah anda?
===========================
[5 April 2018]
Poligami
Tiap kali page-page besar (contohnya Oh! Media, Siakap Keli, Oh Bulan, dan lain-lain) post sesuatu yang berkaitan poligami, tiap kali tu jugak aku tengok betapa ramainya wanita-wanita yang dah jadi kufur, ada yang sekadar fasiq berdosa besar, dan ada pulak yang over-react tunjuk power melebihi suami sendiri.
Tak hairan bila Rasulullah SAW ketika Mikraj ke langit, baginda melihat ramai wanita di dalam neraka.
So, nak up balik post lama berkaitan situasi “menolak poligami” nih, biar paham, biar reti. Bimbang penat-penat anda solat puasa bagai tapi rupanya ibadah tak diterima sebab sedang berada dalam keadaan kufur kepada Allah.
1. TIDAK SUKA/TIDAK MAHU POLIGAMI
Sekadar tidak suka atau tidak mahu poligami berlaku kepada diri anda, hukumnya harus. Ini fitrah wanita memang ada perasaan cemburu. Bahkan lelaki pun wajib ada sifat cemburu terhadap isterinya, sebab Nabi SAW pernah memuji seorang sahabat bernama Sa'ad bin Ubadah yang ingin memenggal leher mana-mana lelaki yang didapati “bersama” dengan isterinya. Nabi bukan puji Sa'ad nak penggal leher orang, tapi Nabi puji kekuatan sifat cemburu tu. (Riwayat Bukhari)
Nabi SAW sendiri pernah ditolak pinangannya oleh Ummu Salamah kerana perasaan cemburu tak mahu dimadu. Nabi SAW tak marah. Tapi Nabi berdoa agar Allah hilangkan rasa cemburu Ummu Salamah, lalu Allah kabulkan, lalu Ummu Salamah menerima pinangan baginda. (Riwayat Muslim)
2. LETAK SYARAT PADA SUAMI
Meletakkan syarat kepada suami kalau nak poligami, kena buat sekian-sekian, selagi bukan syarat yang haram, hukum meletakkan syarat tersebut adalah harus.
Contoh: “Kalau awak nak kahwin lagi, awak kena bagi saya tiap-tiap bulan at least RM6,000 bersih. Saya tak nak kerja. Apa awak beli untuk isteri baru awak, awak beli untuk saya jugak. Apa dia dapat, saya dapat jugak.”
Tapi “syarat” bukanlah perjanjian, melainkan suami setuju. Maka, selagi suami tak setuju, suami tak wajib ikut syarat ni. Apabila suami sudah bersetuju, maka berdosalah suami jika tak patuh perjanjian ni. Begitu juga isteri, jika dah buat perjanjian dan dipersetujui suami, jangan tukar fikiran pulak lepas suami dah kahwin lagi dan dah patuh pada perjanjian. Haram hukumnya mungkir janji, dan mungkir janji ni salah satu sifat munafiq tulen. (Riwayat Muslim)
3. PERJANJIAN TAK BAGI SUAMI POLIGAMI
Membuat perjanjian dengan suami agar suami jangan kahwin lain, hukumnya harus, jika perjanjian dibuat sebelum atau ketika bernikah. Jika suami kahwin lain juga, suami berdosa kerana mungkir janji, tapi perkahwinan kedua/ketiga/keempat itu tetap sah.
Contoh, ketika mengikat pertunangan, si wanita beritahu pada bakal suami: “Kalau awak nak kahwin dengan saya, awak janji dulu, awak takkan berpoligami.”
Sebab perjanjian ini dibolehkan sebelum pernikahan ialah, si lelaki atau si wanita boleh membatalkan pernikahan atau menolak pinangan jika tak bersetuju dengan syarat tu, sebelum rumahtangga dibina. Kira macam cegah sebelum sakit la. Bila dah kahwin, wanita haram mintak cerai. Gaduh dengan suami pun haram tinggi suara, baling pinggan mangkuk bagai. So better letak syarat sebelum nikah. Time tu suami boleh pikir masak-masak.
4. SURUH SUAMI CERAIKAN AWAK DULU
Meletakkan syarat atau buat perjanjian, “Kalau nak kahwin lain, awak kena ceraikan saya dulu”, ini hukumnya haram, dilaknat Allah dan sekalian Malaikat. Dikira nusyuz. Tanpa khilaf, ia haram. Ulama' kata ini dikira menunjukkan protes secara senyap menyerlahkan kebencian kepada hukum syariat.
Bahkan ada hadis baginda SAW bersabda: “Siapa sahaja wanita yang meminta (menuntut) cerai kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan maka diharamkan bau syurga ke atas wanita tersebut.” (Riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah)
Tak masuk syurga bhai.
5. BENCI/MENYAMPAH PADA HUKUM POLIGAMI
Benci atau tak suka kepada “hukum keharusan poligami” (hukum di mana Allah membenarkannya), dikira fasiq dan berdosa besar. Ini berdasarkan dalil umum dalam surah al-Maidah dimana Allah berpesan siapa yang tidak mahu menurut atas hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah, maka dia fasiq.
6. MELAWAN POLIGAMI atau MEMBURUKKAN POLIGAMI
Menolak atau menafikan atau membantah atau menentang sekeras-kerasnya atau memperlekeh atau menghina hukum syarak tentang keharusan poligami, atau menentang kewujudan poligami dalam Islam, atau menyamakan poligami dengan perkara buruk contohnya seperti mengatakan poligami adalah zalim, maka pelakunya dikira kafir, terkeluar dari Islam, menurut ijma' ulama' (sekalian seluruh ulama' sebulat suara tanpa perselisihan pandangan) kerana menolak walau 1 huruf ayat Al-Quran telah dikira kafir.
KEMPEN ANTI POLIGAMI
Memperjuangkan/berkempen:
- “1 isteri lebih baik” atau
- “Cukup sekadar 1 isteri” atau
- “Kempen 1 suami 1 isteri”
Tidak ada masalah walau keadaan tu boleh menimbulkan fitnah. Ianya masih diperbolehkan.
Tetapi menentang keras apa jua yang berkaitan poligami, adalah haram. Contoh seperti kempen:
- “Lelaki poligami lelaki dayus”, atau
- “Poligami = Menzalimi” atau
- “Perkasa undang-undang haramkan poligami”
Ini semua haram.
PENUTUP
Lelaki kena ingat, nak poligami kenalah mampu. Bukan mampu dari segi wang je. Dari segi ilmu agama pun kenalah mampu mendidik anak isteri. Dari segi kesabaran pun kena mampu hadapi kerenah isteri-isteri. Dari segi batin pun mestilah tidak mati pucuk atau cepat layu, if you know what I mean.
Kepada wanita, kena faham 2 perkara.
1. Tidak ada mana-mana lelaki dapat buat 100% adil kepada sesama isteri-isterinya. Sebab apa? Sebab Allah sendiri dah tetapkan sejak azali, TAK ADA MANA-MANA LELAKI DALAM DUNIA DAPAT BETUL-BETUL ADIL 100%. Dalam al-Quran Allah dah bagitau dah, korang je tak pernah baca terjemahan:
“Dan (telah ditetapkan bahawa) kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu menunjukkan kecenderungan (kepada yang kamu lebih cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah An-Nisa', ayat 3]
2. Maksud adil BUKANLAH SAMA RATA. Adil bermaksud “meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya”. Sesuai pada tempatnya tu kadangkala menjurus kepada sama rata, kadangkala tidak. Kalau isteri pertama cukup sifat, isteri kedua wanita OKU kudung kaki, takkan suami kena beli kereta untuk dua-dua, kan? Macam mana isteri OKU nak bawak kereta.
Akhir kata, jagalah kata-kata dan jari anda dari mengeluarkan statement yang boleh menjuruskan diri ke lembah neraka.
Sekian.
Oleh: Syapik Hassan | Kakitangan Penerbangan Malaysia
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media