'Ya Allah, kenapa biy?' - Paru-paru bocor, batuk berdarah akibat hisap vape


Semenjak diperkenalkan, rokok elektronik atau vape katanya mampu menyingkirkan ketagihan menghisap rokok tembakau. Tidak dinafikan, tetapi perlulah diingatkan bahawa ianya bersifat sementara. Bagi seseorang perokok yang ingin berhenti, haruslah menetapkan niatnya berhenti secara berperingkat dan vape adalah pilihan yang ada. Selepas hilangnya ketagihan merokok, maka perlahan-lahanlah berhenti menghisap vape sehingga diri anda bebas dari sebarang asap.

Begitu cara untuk berhenti. Tetapi malangnya pada hari ini, ada yang menganggap vape itu selamat sedangkan sudah ada kes yang membabitkan penggemar vape mengalami masalah paru-paru. Terbaru, seorang wanita berkongsi mengenai suaminya yang mengalami masalah paru-paru yang berpunca daripada vape. Tak percaya? Jom baca. Insaf atau tak, terpulang. Sudah terkena kelak, tahniah kita ucapkan. 

VAPE ROKOK KEDUANYA BAHAYA 🚭❌

Dikongsikan cerita ini dengan izin my husband. Dua minggu kahak berdarah on off akhirnya dapat jawapan

22 OCTOBER 2019


Yang, beserta gambar. Ya ALLAH darah, hati ini tak tenang dah dok office, terus minta balik sebab husband batuk kahak berdarah. Bawa motor laju teramat tak ingat dunia dah, dok risau.

Balik tengok dia okay, tak ada apa just kahak berdarah. Terus pergi ke kecemasan, x-ray memang tak berapa cantik ada kabus-kabus di bahagian peparu. Test kahak doktor ambil resultnya negative. Balik dibekalkan dengan ubat batuk and berhenti darah sahaja. Hati ini tetap tak puas hati dengan result yang diberi doktor, macam ada something wrong at it will be worst.

25 OCTOBER 2019


Husband beritahu sakit dada itu semakin kerap. Tak fikir banyak, terus ajak pergi ke Hospital Pantai, double check lagi. Kalau boleh, hiuband tak nak pergi sebab 3 hari sebelum ini pun dah pergi tetapi result masih sama.

Sampai di bahagian kecemasan Hospital Pantai, terus buat x-ray sekali lagi. Then doktor yang ambil kes ini direct call pakar sebab kami beritahu dia dah berulang kali periksa tetapi masih negatif and sakit dada semakin teruk. Kalau boleh kali ini nak admit wad.

Dapat call pakar, pakar suruh buat sekali lagi x-ray and base on the x-ray, doktor nampak peparu dah mula bocor sebab itu sakit dada semakin kuat. Terus admit wad. Keesokkan harinya buat CT scan dan fbc blood test.

26 OCTOBER 2019


After buat CT scan, doktor beritahu base on the result 90% Tibi, 10% kanser. Ya Allah sekali lagi menangis dengar result, hati ini tak tahu nak kata apa dah. Tak tenang dibuatnya. Doktor start on ubat tibi warded seminggu dipantau dalam isolation room. Tak boleh dilawat oleh orang luar, family terdekat pun nak masuk kena pakai mask N95.

Sepanjang di warded, Nana ikhtiar segala macam macam untuk husband kembali sihat. Alhamdulillah berkat doa mak, ayah, mama, opah dan semua yang mendoakan, husband dibenarkan discharge 30/10/2019 and continue tca di Hospital Tapah. Alhamdulillah.


DICHARGE PULMONARY TUBERCULOUS AND CONTINUE TB TREATMENT

KENAPA RESULTNYA TIBI?

This is the explanation dari doktor pakar yang merawat husband. Have two possibility;

Dalam badan manusia memang ada sel tibi cumanya tak aktif. Bila kuman tibi tu akan aktif? Apabila kita dikelilingi/didekati oleh pesakit tibi (+ve). Kita mudah untuk dijangkiti tibi. One more is apabila peparu kita lembab ia akan aktifkan kuman tibi itu, malah ia akan menjadi teruk boleh menyebabkan peparu kita bocor sebab kuman itu aktif.

MACAM MANA BOLEH TERJADINYA PEPARU LEMBAB?

Penghisap vape sekalian, asap yang kamu semua seburkan itu berbentuk wap air yang berperisa. Banyak flavors, betul? Sedap sungguh, kan? Tetapi risikonya asap yang disebur itu akan menjadi wap air bila kita terhidu ia aka menyebabkan peparu kita lembab. Sebab itulah kuman tibi akan diaktif, sebab peparu kita lembab. Seumpama experiment sains darjah 6 dulu, ambil tisu basahkan untuk tanam kacang hijau? Kacang hijau itu membesar tak? Besarkan. BERINGATLAH.

Bila peparu kita lembab, kita mudah diserang macam-macam penyakit, termasukla ia akan menyebabkan kebocoran sedikit demi sedikit di peparu kita.

First at all, kalau kita ada keluarga terdekat yang ditimpa atau diuji dengan masalah kesihatan . What should you do?

TERUS SABAR IKHTIAR POSITIVE AND YAKIN ADA PENAWARNYA

Jangan berterusan salahkan benda yang lepas or blame on him, as keluarga terdekat kena bagi semangat and diri kita sendiri kena kuat. Dari situ pesakit akan kuat.

Sharing #wardedjourney.  Will be continue with ikhtiar story inshaAllah.

Kepada perokok and yang sedap sedut hisap vape itu, berhentilah sebelum ia jadi lebih teruk! Sayangilah dan hargailah peparu anda itu ❤ YOU HAVE TIME TO CHANGE IT,

DOAKAN SEMOGA KELUARGA NANA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN AND TERUSAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK

Sumber: Key Arina


Sumber : thereporter.my