MB Terengganu Ucap Tahniah Atas Perlantikan Tan Sri Muhyidin Sebagai PM Kelapan



KUALA TERENGGANU, 29 Februari-Menteri Besar Terengganu,  Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin  atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Dalam catatan Twitter rasmi beliau yang juga Naib Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, satu surat dikeluarkan menerusi Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil Shamsudin menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu disahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mutafa Billah Shah.

Jelas kenyataan tersebut, ia setelah Baginda mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing termasuk Ahli Dewan Rakyat dari kalangan Bebas.

“Proses ini adalah lanjutan daripada titah Baginda di mana ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri,” ujar Dato’ Ahmad Fadil.

Sementara itu, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan berlangsung di Istana Negara pada esok, Ahad 1 Mac jam 10:30 pagi.




Sumber: teganukita.net