Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke-8 Terima 114 Sokongan. PAS Akhirnya Dalam Kerajaan!


Selepas hampir 1 minggu rakyat Malaysia bermain teka teki dengan ketidaktentuan politik negara, akhirnya satu keputusan telah dicapai apabila Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Keputusan ini dicapai selepas meneliti segala aspek dan Muhyiddin juga telah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen.


Beliau dapat 114 sokongan (Ahli Parlimen). Ini bukan kerajaan minoriti, tapi majoriti daripada 222 (Ahli Parlimen). - Kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan yang kini berada di pekarangan kediaman Muhyiddin.

Ini bermaksud, PAS juga akhirnya berjaya menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas sekian lama menjadi pembangkang. Mereka sebelum ini telah melakukan gabungan yang dipanggil Perikatan Nasional yang terdiri daripada BERSATU, UMNO, PAS, MIC, MCA dan beberapa parti lain.


Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka di mana ia diumumkan sendiri dari Istana Negara.

Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya. Kita telah pun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah yang diberikan Allah kepada saya. Saya hanya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini. Kata Muhyiddin di hadapan kediamannya.

Sedikit info mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin telah menyertai politik sejak umur 20-an dan pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat Datuk Seri Najib Razak kerana telah menegur Najib mengenai isu 1MDB. Muhyiddin turut telah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO pada Jun 2016. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah pimpinan Dr Mahathir.

OHMEDIA: DIHARAPKAN KEPUTUSAN INI DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA RAKYAT DAN KITA HARUS BERGERAK KEHADAPAN SERTA MEMPERBAIKI SEGALA KEKURANGAN YANG TERDAPAT DALAM PEMERINTAHAN KERAJAAN TERDAHULU.

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media