10 Pemain Pasukan Fiorentina Positif Covid-19


Seperti semua tahu bilangan kes Covid-19 di Itali semakin meningkat dan telah mencatatkan lebih 2,500 kematian. Kini 10 orang pemain bola sepak pasukan Fiorentina pula dijangkiti wabak Covid-19. Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik kelab, Rocco Comisso dan tiga daripada mereka yang positif wabak tersebut telah menjalani rawatan di hospital.


Antara pemain utama Fiorentina yang dijangkiti Covid-19 ialah penyerang Itali, Patrick Cutrone, German Pezzela dari Argentina dan Dusan Vlahovic dari Serbia. Oleh yang demikian, Fiorentina telah melancarkan tabung kutipan derma untuk diberikan kepada hospital yang merawat pesakit Covid-19 di bandar itu.




A post shared by Patrick Cutrone (@patrickcutrone) on




Untuk pengetahuan korang, bekas pemain sayap Perancis dan Bayern Munich, Frank Ribery juga telah memberi sumbangan sebanyak RM218,675 untuk Fiorentina mencapai target iaitu RM2.18 Juta. Semoga niat baik mereka dipermudahkan. Fiorentina kini menghuni tangga ke-13 Serie A.



OHMEDIA : SEMOGA KESEMUA PEMAIN FIORENTINA YANG DIJANGKITI COVID-19 SEMBUH SECEPAT MUNGKIN

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca 10 pemain pasukan Fiorentina positif Covid-19 di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media