COVID-19 : Rakyat Amerika Syarikat Beratur Panjang Untuk Beli Senjata Api


Kes Covid-19 di Amerika Syarikat kini telah melebihi 3000 orang dan mencatatkan 62 kematian. Hal ini membuatkan rakyat di sana melakukan pembelian panik untuk mendapatkan senjata apa sehingga sanggup beratur panjang selama 5 jam.


Disebabkan impak dari virus yang melanda AS, penduduk di sana mula rasa bimbang dan membeli senjata api dengan alasan untuk melindungi keluarga jika kehabisan bekalan makanan. Untuk pengetahuan korang, Presiden AS Donald Trump telah mengisytiharkan darurat sebelum ini dalam usaha untuk mencegah dari penularan wabak berkenaan.



Trump juga dikatakan gagal untuk memberi arahan dengan jelas berkaitan virus tersebut dan telah meyebabkan pembelian panik di kebanyakkan Bandar Amerika Syarikat. Ohmedia harap penyakit dan virus ini redha secepat mungkin especially di Malaysia yang kini telah mencatat 553 bilangan kes


OHMEDIA : ELAKKAN BERADA DI TEMPAT ORANG RAMAI BAGI MENCEGAH DARI TERKENA WABAK  COVID-19

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Rakyat Amerika Syarikat Beratur Panjang Untuk Beli Senjata Api di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media