--> Skip to main content

Indonesia Catat Kes Pertama COVID-19 Selepas Lebih 2 Bulan Bertahan


Selepas lebih 2 bulan dunia dilanda wabak COVID-19 yang bermula dari Wilayah Wuhan China, Indonesia akhirnya turut mencatatkan kes pertama mereka. Ini disahkan sendiri oleh Presiden Joko Widodo, di mana dua rakyat Indonesia telah didapati positif coronavirus.

Bagaimanapun, Jokowi tidak mendedahkan lokasi pesakit dan hanya memaklumkan yang pesakit kini dalam jagaan rapi di hospital. Ini satu situasi yang membimbangkan kerana sekiranya wabak ini tidak berjaya dikawal, ia akan membahayakan nyawa rakyat Indonesia yang merupakan negara keempat paling padat di dunia.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menaikkan penilaian risiko global pada tahap paling tinggi selepas wabak ini mula memasuki sub-Sahara Afrika dan seluruh dunia kecuali Antartika. Selain itu, pasaran kewangan turut menjunam sepanjang wabak ini menular.

Setakat ini, COVID-19 telah meragut lebih 2,800 nyawa dan menjangkiti lebih 84,000 orang di seluruh dunia.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak koronavirus di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 02 March 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...