#LockDownMalaysia Trending Di Twitter!


Seperti semua sedia maklum, ancaman penularan wabak Covid-19 semakin menjadi-jadi di negara-negara Eropah dan juga negara kita sendiri dimana menajdi negara Asia Tenggara yang mempunyai bilangan kes wabak maut berkenaan meskipun tiada lagi angka korban dicatatkan. Setakat ini berdasarkan maklumat yang Ohmedia dapat dari worldmeter.info, Itali mencatatkan kes paling banyak untuk kes di Eropah.


Sehubungan dengan itu, satu #LockDownMalaysia menjadi trending di Twitter yang mendesak agar kerajaan agar lock down dikuatkuasakan sementara memandang jumlah kes yang semakin meningkat. Namun ada juga yang tidak menyokong agar lock down ini tidak dilaksanakan. Menurut info dari Sinar Harian, satu mesyuarat khas bagi menangani penularan wabak ini akan dilakukan hari ini, dimana ia dijangka akan dihadiri oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Sumber gambar dari MalaysiaKini
Namun begitu, walaupun berlaku peningkatan kes pada masa sekarang, kita seharusnya meletakkan kepercayaan kepada doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang berada dibarisan hadapan, yang bekerja keras menangani ancaman Covid-19. Sama-samalah kita berdoa agar ancaman Covid-19 dapat diredakan terutamanya dinegara kita.

OHMEDIA: SEMOGA KERAJAAN COMEOUT DENGAN INISIATIF ATAU MEKANISMA TERBAIK UNTUK MENANGANI ACAMAN WABAK INI.

Sumber: Sinar Harian | Twitter | World Meter

+ Baca respon pembaca #LockDownMalaysia trending di Twitter di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media