COVID-19 : Itali Catat 368 Kematian Dalam Masa Sehari

Sumber Gambar: Metro News
Isu COVID-19 yang sedang melanda dunia pasti menjadi kebimbangan ramai kerana virus tersebut telah menyebabkan lebih 6,000 kematian. Syukur di Malaysia masih belum mencatat sebarang kematian walaupun telah mencecah 428 kes setakat hari ini. Untuk pengetahuan korang, Itali kini telah menjadi Negara pertama yang mencatat 368 kematian dalam masa sehari dan jumlah kematian di sana telah mencecah 1,809.


Situasi itu juga menyebabkan bintang bola sepak Juventus, Cristiano Ronaldo membawa keluarganya ke sebuah Pulau untuk dikuarantin. Semua pemain pasukan Atalanta yang layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Valencia tempoh hari juga dikuarantin selepas pemain pertahanan Valencia, Ezequiel Garay didapati positif COVID-19.


Negara eropah lain seperti Perancis dan Sepanyol telah menutup premis perniagaan antaranya Restoran, Kafe dan kedai bagi menyekat penularan wabak ini yang begitu pantas merebak di negara Eropah. Jumah keseluruhan kes COVID-19 di seluruh dunia kini telah mencecah 163,930 bilangan kes serta mencatatkan 6,420 jumlah kematian.


OHMEDIA : SEMOGA MALAYSIA DAPAT MENCEGAH WABAK INI SEBAIKNYA

Sumber: Berita Harian
Sumber: Oh! Media