--> Skip to main content

Tambah 20 Kes Terbaru Covid-19, Jumlah Keseluruhan Di Malaysia Cecah Sebanyak 149 Kes


Semakin lama semakin meningkat kes Covid-19 di Malaysia. Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 20 kes terbaru sehingga 11 Mac 2020 pada pukul 12 tengah hari tadi. Dengan pertambahan ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia telah mencecah sebanyak 149 kes.

Aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga mereka mencari punca di mana jangkitan ini berlaku dan kontak-kontak rapat ini bagi 20 kes tersebut juga sedang dikenalpasti.

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 11 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 20 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenalpasti. Dengan pertambahan 20 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes.

Jadi, kurangkan aktiviti di tempat awam ya gais? Jangan lupa untuk memakai topeng muka bila berada di luar dan juga memastikan tahap kebersihan diri yang tinggi sebab Covid-19 adalah wabak yang berbahaya.

OHMEDIA: RASA TAKUT NAK KELUAR RUMAH HUHU.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 11 March 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...