(Video) Ini Cara Mudah Untuk Buat Hand Sanitizer Dan Disinfectant Spray Bagi Mencegah Wabak Koronavirus


Virus terbaru yang dikenali sebagai Novel Coronavirus memang mendatangkan kebimbangan ramai pihak, bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Setakat ini masih tiada lagi kes kematian dilaporkan di Malaysia walaupun ada individu yang telah dijangkiti.

BACA : Rakyat Malaysia Pertama Disahkan Positif Koronavirus

Semua orang dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti tidak membuat aktiviti di kawasan awam dan juga memastikan tahap kebersihan diri yang tinggi disebabkan virus ini tersangatlah bahaya dan mudah untuk dijangkiti.

Antara langkah yang boleh kita buat untuk melindungi diri kita ialah dengan sentiasa mencuci tangan dengan sabun ataupun menggunakan hand sanitizer. Senang jer gais, ambil dan hadam langkah berjaga-jaga ni sebelum diri sendiri terkena penyakit koronavirus ni. Oh ya, Ohmedia dapat tahu ada cara-cara yang mudah untuk membuat hand sanitizer dan disinfectant tanpa mengeluarkan kos yang banyak.


Ini antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat hand sanitizer dan disinfectant spray untuk mengurangkan risiko jangkitan koronavirus yang tengah melanda sekarang ni.

1. Pertama sekali, kena ada 99.9% Isopropyl Alchohol. Korang boleh cari dekat Lazada ataupun Shopee jer dan beli yang 5 liter punya terus. Kalau nak cepat, cari lah di farmasi berdekatan.

2. Sediakan satu botol yang berkapasiti 1 liter dan lagi bagus kalau botol tu kaca.

3. Air.

Pastikan barang-barang yang tersenarai lengkap dan korang boleh mula untuk buat. Cara-caranya ialah :

1. Korang kena sediakan 700 ml isopropyl dan campurkannya dengan 300 ml air.

2. Isi dalam botol yang dah korang sediakan tadi.

Ini hanya lah untuk hand sanitizer yang asas dan bezanya dengan market luar hanyalah bahan-bahan tambahan yang digunakan untuk jadikan ia lebih likat, berbau wangi dan berwarna.

Kalau korang nak campurkan pewangi ataupun pewarna pun boleh ikut cita rasa masing-masing.  Senang jer nak buat dan memang berbaloi kalau nak dibandingkan dengan market luar yang agak mahal.

Ini pula cara-cara untuk membuat disinfectant spray dengan mudah yang patut korang tahu. Bahan-bahan yang digunakan ialah :

1. Sediakan Clorox ataupun bleach.

2. Air.

3. Botol spray.

Cara untuk sediakan pula senang jer gais.

1. Pertamanya, sediakan 100 ml clorox ataupun bleach dan campurkannya dengan 900 ml air.

2. Masuk dalam botol spray.

Semoga langkah-langkah ini bermanfaat untuk mengurangkan risiko dijangkiti koronavirus dan semoga kira semua dijauhi dari wabak ini.

Sumber : Ayem

OHMEDIA : JAGALAH KEBERSIHAN DIRI! UNTUK DIRI SENDIRI JUGA.

+ Baca respon pembaca cara-cara membuat hand sanitizer di Facebook Oh! Media.












Sumber: Oh! Media