Satu kajian telah dijalankan di mana terdapat pekerjaan yang mempunyai tekanan yang tinggi dan kurang pergerakan sehingga membuatkan seseorang itu menjadi gemuk. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 pekerjaan yang boleh menyebabkan badan kita gemuk,
Pekerjaan seorang guru tidak begitu mudah kerana perlu berhadapan dengan sikap pelajar yang nakal sehingga membuatkan guru mengalami tekanan ketika mengajar. Selain itu, guru juga banyak menghabiskan masa duduk dan bekerja di meja seperti menanda kertas, kerja sekolah murid dan sebagainya. Kadangkala terdapat guru yang hanya duduk di atas kerusi ketika mengajar. Oleh yang demikian, pergerakan guru menjadi kurang serta boleh menyebabkan kegemukan.
Kerja sebagai agen pelancongan semestinya memberikan tekanan kerana korang perlu berhadapan dengan ramai pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Korang juga perlu mencapai target jualan yang telah ditetapkan. Jika tidak, majikan akan mempersoalkan kerja korang. Selain itu, korang juga perlu untuk menyediakan segala maklumat perjalanan pelanggan daripada awal dan akhir. Ini bermakna kerja korang hanya di depan komputer dan pergerakan menjadi terhad lalu boleh menyebabkan badan menjadi gemuk.
Pasti ramai yang ingin menjadi seorang peguam. Namun tidak semua tahu bahawa kerja sebagai peguam ini sememangnya mempunyai sedikit tekanan kerana korang perlu mengkaji kes dan menyemak undang-undang yang terlibat dalam kes tersebut. Ianya bukan satu tugasan yang mudah kerana korang perlu mencari cara untuk menang sesuatu kes. Hal ini akan membuatkan korang mengalami stress dan makan secara berlebihan.
Sebagai seorang arkitek, pekerjaan mereka bergantung kepada idea dan kreativiti korang sendiri. Korang mempunyai masa untuk berfikir dan menyiapkan kerja. Oleh yang demikian korang juga akan menghabiskan masa dengan duduk di atas kerusi dan makan apa sahaja sehingga menyebabkan berat badan semakin naik.
Seperti semua tahu, kerja sebagai pembantu tadbir tidak mempunyai banyak pergerakan kerana mereka hanya duduk dan membuat kerja depan komputer sepanjang masa. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa makan ketika membuat kerja sehingga mengalami tekanan yang tinggi dan menyebabkan kegemukan.
OHMEDIA : AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT SEPERTI BERSENAM SEBELUM DAH SELEPAS BALIK KERJA UNTUK MENGEKALKAN KECERGASAN DAN BERAT BADAN YANG SEIMBANG
+ Baca respon pembaca 5 pekerjaan yang menyebabkan badan menjadi gemuk di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Guru

Agensi Pelancongan

Peguam

Pelukis
Sebagai seorang arkitek, pekerjaan mereka bergantung kepada idea dan kreativiti korang sendiri. Korang mempunyai masa untuk berfikir dan menyiapkan kerja. Oleh yang demikian korang juga akan menghabiskan masa dengan duduk di atas kerusi dan makan apa sahaja sehingga menyebabkan berat badan semakin naik.
Pembantu Tadbir