Anak Tiri Tokti Kesal Dengan Tanggapan Orang Luar, Dituduh Guna Jalan Pintas!


Siapa jer tak marah bila orang luar menuduh kita menggunakan jalan pintas untuk menaikkan perniagaan? Begitulah terjadi kepada salah seorang anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bernama Asyraf Khalid.

Usaha titik peluh Asyraf bersama isterinya, Tya Ariffin selama bertahun-tahun dalam perniagaan Mutyara Beauty kini dituduh dengan orang luar bahawa mereka bergantung kepada pengaruh ibu tiri dan bapanya, Tokti dan Datuk K.

Walaubagaimanapun, Asyraf menganggap perkara ini berasa tidak adil jika tanggapan ini berterusan. Haa, tak baik tau korang tuduh! Kan Asyraf dah memberi penjelasan yang dia bermula perniagaan ini dari bawah lagi tau.

Hati siapa yang tak terguris kalau asyik terima pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Kadang-kadang rasa macam loser kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise. Jujur saya tak boleh menafikan perasaan bengang, jelak dan marah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu...tak ada siapa yang tahu. Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa. Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia 7 tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam-macam lagi yang saya cuba. Saya serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun sehinggalah sekarang. Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk dapatkan apa yang diraih ketika ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu. Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal. Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala-galanya.

Jadi, Ohmedia ingin nasihat kepada korang semua agar kita sentiasa berfikiran positif terhadap perkara-perkara di luar sana. Kalau korang nak jadi seorang ahli perniagaan ni mental dan fizikal kena kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya.

OHMEDIA: CUBA KITA HUSNUDZON SIKIT!

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca berfikiran positif di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media