--> Skip to main content

Tiada lagi kompaun RM1,000, individu ingkar PKP akan terus direman & dihadapkan ke mahkamah - Menteri


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa kedua berakhir pada hari ini dan bermula esok, PKP Fasa ketiga akan dikuatkuasa dengan tindakan yang lebih tegas. 

Jika sebelum ini pihak berkuasa mengenakan kompaun RM1,000 kepada individu yang ingkar PKP, dalam Fasa ketiga tiada lagi kompaun yang akan dikenakan.

Menteri Kanan (Pertahanan) Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang didapati ingkar terhadap PKP akan terus direman oleh polis dan dihadapkan ke mahkamah. 

"Mulai esok, polis tidak akan lagi beri tumpuan kepada kenakan kompaun RM1,000 kepada pesalah ingkar PKP. Sebaliknya mereka akan direman dan dihadapkan ke mahkamah. 

"Ini kerana kompaun RM1,000 ramai tidak takut," katanya memetik tweet dari Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN), Selasa 14 April 2020. 


Orang ramai diingatkan untuk terus duduk di rumah dan patuhi PKP agar usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 berjaya dilakukan sepenuhnya. 



Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 14 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...