--> Skip to main content

Cara Untuk Pulihkan Hidung Yang Tersumbat


Pengambilan makanan yang pedas baik untuk meredakan hidung yang tersumbat. Hal ini disebabkan rasa pedas tersebut akan memberi kesan kepada lendir dalam hidung seterusnya membuatkan hingus menjadi lebih cair dan mudah dibuang serta dapat bernafas dengan lancar.



Selain itu, cara lain untuk memulihkan hidung yang tersumbat adalah dengan meletakkan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas pada atas hidung. Pastikan korang melakukan cara ini sambil baringkan badan. Basahkan tuala dengan air panas semula jika tuala tersebut telah sejuk. Prosedur ini perlu dilakukan berulang kali sehingga rasa tersumbat berkurangan.


Ohmedia dapat rasakan pasti ramai antara kita yang suka membuang hingus secara kuat dengan harapan rasa tersumbat akan berkurangan. Namun tak semua tahu ianya akan membuatkan lapisan hidung bertambah bengkak dan membuatkan ia menjadi lebih teruk. Jadi cara terbaik adalah keluarkan hingus dengan cara yang lembut dan menunggu sehingga hilang rasa tersumbat.

OHMEDIA : BUAT KORANG YANG HIDUNG KERAP TERSUMBAT BOLEH CUBA CARA YANG OHMEDIA KONGSIKAN INI

+ Baca respon pembaca cara untuk pulihkan hidung yang tersumbat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...