--> Skip to main content

COVID 19- Anak Perantau Terima Sumbangan



KUALA TERENGGANU, 20 April- Seramai 325 Anak Terengganu di perantauan yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur dengan nilaian  keseluruhan RM50,000.

Sumbangan itu selesai diagih kepada anak perantau melalui cawangan PERANTAU di setiap negeri.

Setiausaha PERANTAU, Awasi Mohamad, selain itu turut terlibat beberapa NGO utama lain yang mewakili anak Terenggganu iaitu PESAT, KITER dan KOSMET.

Katanya, dengan sumbangan itu diharap dapat meringankan beban terutama yang kehilangan punca pendapatan.

"PERANTAU juga telah mengagihkan bantuan tunai kepada anak-anak rantau yang terkesan melalui sistem data maklumat yang terkini melalui PERANTAU Pusat, PERANTAU negeri-negeri dan juga NGO-NGO lain.

"Kebanyakan penerima merupakan pekerja bergaji harian atau berniaga kecil-kecikan namun telah kehilangan punca pendapatan, pekerjaan malah diberhentikan setelah PKP dilaksanakan.," katanya.

"Ada juga di kalangan mereka telah didapati positif COVID-19 dan ada pula yang terpaksa tinggal di surau dan mengharapkan simpati orang ramai, " katanya.

Beliau berkata dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman.

Sumber: teganukita.net
Tarikh Artikel: 21 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...