--> Skip to main content

Aplikasi Facebook Gaming Dilancarkan Untuk Pengguna Android


Semalam, Facebook telah melancarkan aplikasi terbarunya iaitu Facebook Gaming. Aplikasi ini diterbitkan untuk memudahkan pengguna berinteraksi dan mengikuti kandungan gaming. Buat masa ini, aplikasi Facebook Gaming ini hanya ada pada peranti Android sahaja dan masih belum dilancarkan buat pengguna iOS.


Selepas memuatnaik aplikasi tersebut, Korang boleh memilih kandungan penstriman yang diminati dan juga diberi pilihan untuk memilih permainan kegemaran korang. Dengan pilihan yang korang lakukan, aplikasi ini akan memaprkan kandungan yang akan menarik perhatian korang berdasarkan apa yang korang pilih sebelum itu. Bukan itu saja, korang juga boleh berinteraksi bersama rakan-rakan lain yang mempunyai minat yang sama.

Aplikasi ini sepatutnya dilancarkan pada bulan Jun, tetapi Facebook telah awalkannya untuk memenuhi permintaan semasa kerana peningkatan jumlah penonton akibat pandemik yang melanda seluruh dunia dan merasakan ini adalah masa yang tepat.

Sumber : The Verge











Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 21 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...