Ernie Zakri Terima Komen Negatif Gara-Gara Muatnaik Gambar Tidak Berhijab!


Menurut laporan mStar, penyanyi Ernie Zakri sudahpun memberi penjelasan mengenai gambarnya yang tidak berhijab sebelum dia mengambil keputusan untuk berhijrah. Namun, masih ada segelintir netizen tidak memahami dan memberi komen negatif kepadanya.

Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali sebagai Ernie Zakri berusia 28 tahun itu berkata bahawa beliau menganggap perkara ini sebagai cabaran di bulan Ramadhan dan enggan mengambil hati terhadap kecaman ataupun kritikan daripada netizen.

Memang saya sudah beri penjelasan mengenai perkara itu tapi biasalah manusia ini ada dua jenis. Ada yang memahami dan ada yang cuba tidak memahami tapi bagi saya, saya anggap ini cabaran untuk saya dalam bulan Ramadhan. Bila kita nak buat sesuatu yang baik, mesti ada cabarannya. Saya tak berapa kisah dan tak ambil hati tentang perkara itu. Sesiapa yang tak faham, saya akan tetap beri penjelasan secara baik. Tapi kalau saya lihat komen itu terlalu ke arah negatif, tak wajar untuk saya jelaskan. Lagipun, setiap foto saya tanpa tudung, saya akan jelaskan ia merupakan rakaman lama. Ramadhan kali ini sangat seronok dan gembira. Sudah tentu ada kelainan dalam musim PKP ini sebab kena duduk rumah, tak dapat pergi beli juadah berbuka dan tak dapat pergi terawih di masjid. Tapi tak dapat semua itu tidak bererti yang Ramadhan takjadi seronok. Sebab sebelum ini, kalau saya tak bekerja pada bulan Ramadhan, lebih banyak berada di rumah dan jarang keluar beli juadah. Cuma kali ini, kelebihan PKP dapat terawih bersama keluarga. Sangat manis bila dikenang sebab gembira dapat luangkan masa dengan keluarga. Banyak perubahan yang positif sepanjang PKP dan Ramadhan kali ini.

Betul cakap Ernie kerana kali ini bulan Ramadhan agak berbeza berbanding tahun sebelumnya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, bazar Ramadhan dan solat terawih di masjid pun tak ada seperti biasa.

OHMEDIA: SEMOGA ALLAH PULIH KEMBALI NEGARA MALAYSIA SEPERTI SEDIA KALA. INSYALLAH AMIN! DUDUK RUMAH YA GAIS.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media