Baru-baru ini, Oppo telah melancarkan telefon pintar terbaru dibawah siri A iaitu Oppo A12. Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.2 inci bersama resolusi HD+. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan Octa-Core MediaTek Helio P35. Buat masa ini, peranti ini belum memasuki pasaran Malaysia. Ianya didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.
Untuk memorinya pula, ia hadir dengan pilihan 3GB dan 4GB RAM. Korang juga diberi pilihan sama ada mahukan storan sebesar 32GB ataupun 64GB. Mesti korang teragak-agak dengan saiz storan yang ditawarkan betul tak? Jangan risau, peranti ini didatangkan dengan slot micro SD untuk korang tambahkan lagi storan sehingga 256GB gais.
Oppo A12 ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,320mAh. Bagi kamera belakangnya pula, ia tampil dengan dua lensa iaitu sensor utama 13 megapixel + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapan pula didatangkan dengan 5 megapixel. Sekiranya dijual di Malaysia, Oppo A12 ini mungkin dijual dengan anggaran harga sekitar RM700. Jadi, ianya memang mampu milik dan berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.
Sumber : Oppo
+ Baca respon pembaca peranti mampu milik dari Oppo di Faceook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media