--> Skip to main content

Ezany Buat Laporan Polis Lelaki Berpakaian Wanita, Miliki Buah Dada & Mempermainkan Agama!


Baru-baru ini, sekali lagi Datuk Aliff Syukri telah dikecam netizen selepas menaikkan satu videonya bersama Sajat yang diliht melanggar PKP dan Sajat pula dilihat memakai tudung.

Bagaimanapun, pelakon Ezany Nizariff tidak menunggu lama dan tidak mahu bersubahat selepas melihat perkara ini. Dia bertindak sekali lagi melakukan laporan polis berhubung tindakan seorang individu lelaki yang berpakaian seperti wanita, memiliki buah dada dan mempermainkan agama Islam.

Saya dah buat kewajipan sebagai Muslim. Saya pun dosa banyak, sepatutnya kita berubah ke arah yang lebih baik. Saya terpaksa bertindak kerana kamu makin melampau! Kamu berjaya dalam bisnes dan saya salute kerana kamu hebat tetapi apabila sampai kepada mempermainkan agama Islam, kamu cabar Allah. Minta maaf dan kamu terus buat. Ramai ustaz nasihat tapi kamu tetap tidak peduli, kamu angkuh, ego. - Jelasnya.

Moga pihak berkuasa dapat bertindak. Membuat laporan ke atas lelaki berpakaian wanita, berbuah dada, mencemar dan mempermainkan agama Islam. Menimbulkan suasana tidak harmoni antara agama, menghasut. Mohan tindakan dari PDRM, SKMM, JAKIM dan Menteri Agama Islam. - Harapnya lagi

Perkara ini dikongsikan oleh Ezany sendiri dan mendapat sokongan dari ramai orang.


Kalau korang nak tahu, sebelum ini juga Ezany telah melakukan laporan polis mengenai seorang individu di Facebook cuba menghasut orang ramai untuk murtad. Perlu diingatkan sekiranya perkara ini berlaku di sekeliling kita, menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan sesuatu. Jika kita mempunyai kuasa, gunalah kuasa dan jawatan yang ada pada kita. Semoga golongan seperti ini tidak terus bebas lakukan apa sahaja.

Sumber: Gempak

+ Baca respon pembaca yang turut benci dengan apa yang berlaku di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...