'Face Mask' Mula Diedar Ke Setiap Rumah



Oleh : Izzat Al-Qushairi

KUALA NERUS, 15 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit mula mengagihkan topeng muka ke setiap rumah di kawasan ini.

Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, setiap isi rumah akan dibekalkan empat topeng muka untuk kegunaan pada masa yang memerlukan.

"Pengagihan ini dibuat secara berperingkat dengan berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Antara tempat yang sudah diagihkan topeng hidung dan mulut itu adalah di Bukit Chempaka, Wakaf Tengah dan PAKR Mengabang Lekor," katanya kepada pemberita semalam.


Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati penduduk untuk bersabar dan tidak menyerbu ke rumah MPKK bagi mendapatkan 'face mask' tersebut.

"Ini bagi mengelakkan jangkitan berlaku, terutamanya apabila penjarakan sosial tidak dijaga," katanya.

Shafizi mengharapkan agar orang ramai memanfaatkan sebaik mungkin pemberian topeng muka itu.

"Bagi ketua keluarga pula, anda dinasihatkan untuk memakai topeng muka itu ketika keluar rumah," tambah beliau.




Sumber: teganukita.net