Ini Apa Yang Korang Patut Tahu Tentang iPhone 12 Setakat Ini


Seperti tahun sebelum ini, Apple dalam usaha untuk melancarkan iPhone 12 selain mahu melancarkan iPhone SE 2020 selepas terkesan dengan pandemik COVID-19. Namun begitu banyak khabar angin yang menyebut tentang iPhone 12 ini, dari reka bentuk sampailah prestasi.

Reka Bentuk

Sumber gambar dari 5to9Mac
Berdasarkan maklumat dari 5to9Mac, reka bentuk iPhone 12 dipengaruhi dengan reka bentuk iPhone 4 sebelum ini, dimana ia akan menjadi reka bentuk iPhone 12 yang signifikan yang direka bentuk semula. Disamping itu, info turut mengatakan bahawa, iPhone 12 lebih nipis berbanding iPhone 11 sebelum ini dan akan mengurangkan saiz notch pada tahun ini.

Paparan

Sumber gambar dari BGR.com
Buat pertama kalinya semua jenis lineup iPhone tahun ini akan disokong oleh OLED display pada tahun ini. Memetik dari 5to9Mac, antara saiz skrin yang akan ditampilkan adalah 5.4 inci, 6.1 inci dan 6.7 inci OLED display. Rumor mengatakan bahawa iPhone 12 juga akan hadir dengan 120Hz fresh "ProMotion" display.

Kamera

Sumber gambar dari Wccftech
Apple  dalam perancangan untuk menggunakan sistem dual-lense camera dan sistem triple-lense camera sama seperti iPhone 11 sebelum ini cuma dihadirkan dengan ciri khas baru, time-of-flight 3D sensor untuk high-end model iPhone 12. Turut hadir pada kamera belakang adalah LiDAR scanner yang memfokuskan improvement pada kebolehan Augmented Reality.

Sumber gambar dari 5to9Mac


Kuasa

Sumber gambar dari 5to9Mac
Dijangkakan semua model iPhone 12 akan dikuasakan dengan cip pemprosesan A14 dimana ia menggunakan 5 nanometer processor berbanding cip sebelum ini, A13 yang menggunakan 7 nanometer pemprosesan dan khabar angin mengatakan ia akan dilengkapi dengan memori sebesar 6GB RAM.

Sambungan

Sumber gambar dari 5to9Mac
Dikatakan juga semua model iPhone 12 akan mempunyai ciri sambungan 5G. Meskipun ada laporan yang bercanggah, namun ia tetap dijangka  akan menyokong dua versi sambungan 5G, iaitu sub-6 GHz 5G and mmWave 5G. Apple juga dikatakan akan membina in-house modem untuk iPhone 12, namun kemungkinan Apple akan menampilkan dari modem berkenaan dari Qualcomm.

OHMEDIA: TERLALU BANYAK RUMOR MENGENAI iPHONE 12, YANG PASTI HARGANYA NANTI MEMERLUKAN BUAH PINGGANG UNTUK DIKORBANKAN, HAHAHA!

Sumber: 5to9Mac

+ Baca respon pembaca rumor tentang iPhone 12 yang perlu korang tahu di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media