Joe Flizzow Tangguh Majlis Pernikahan Bersama Marini Ramlan


Penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow menangguhkan majlis pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan yang mengikut perancangan awalnya, bakal dinikahkan kelmarin dan disebabkan akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ibu Joe Flizzow, Aishah Ali mengatakan yang penangguhan dibuat atas permintaan anaknya sendiri yang mahu majlis itu berlangsung dengan lebih bermakna dan dihadiri kenalan yang akrab dengannya.

Pada awalnya, mereka mahu meneruskan acara akad nikah dan hanya mahu menunda majlis resepsi tapi disebabkan syarat yang dikenakan oleh Jabatan Agama islam Wilayah Perseketuan (JAWI) untuk majlis pernikahan yang agak lebih ketat akibat PKP, mereka terpaksa menunda. Mesti semua orang mahukan majlis pernikahan atau resepsi masing-masing dalam keadaan penuh bermakna betul tak? Maklumlah, benda akan berlaku sekali sahaja untuk seumur hidup.

Joe juga dikatakan mahu insan yang rapat dengannya untuk mendengar lafaz ijab dan kabulnya nanti. Dikatakan yang mereka juga masih belum memutuskan tarikh pernikahan Joe yang baru dan bergantung dengan PKP. Joe dan Marini bertunang pada Disember 2019 dan telah kenal sejak 15 tahun lalu sebelum mula menjalinkan hubungan sejak 2016 lalu.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Joe Flizzow tangguh nikah di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media