Marah Sebab Sebar Fake News Kepada Mak Mereka, Reaksi Berader Ini Buatkan Netizen Geli Hati


Mesti ada diantara mak ayah anda yang lebih percayakan perkongsian group WhatsApp berbanding nasihat anak sendiri bukan? Ohmedia percaya, benda bukan berlaku kat Malaysia saja, seluruh dunia lebih-lebih lagi kalau mak ayah berkenaan baru terdedah kepada teknologi. Akibatnya terjadi pada brader dua orang.

Hal ini Ohmedia temukan di Twitter dimana kedua brader ini mengecam tindakan segelintir individu yang menyebarkan maklumat palsu kepada mak mereka menyebabkan mereka menanggung hal yang tak sepatutnya akibat mempercayai maklumat yang disebarkan dalam group WhatsApp.

Manakan tidak, kerana tak pasal group WhatsApp, habis satu rumah penuh dengan daun neem atau daun semambu, manakala sorang lagi terpaksa makan ikan masin selama seminggu kerana dikatakan ampuh melawan korona. Reaksi marah dan kecewa berader-brader ni telah mengundang reaksi geli hati netizen.


Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dengan mak ayah mereka. Ohmedia yakin tujuan mereka adalah untuk melindungi keluarga dari terkena penyakit merbahaya ini. Kita sebagai anak perlu jalankan tugas untuk sentiasa beri penjelasan, mana yang betul mana yang tidak walaupun kadangkala mereka tak dengar pun cakap kita, jadi bersabarlah ya.



OHMEDIA: KESIAN BRADER DUA ORANG NI, TAK PASAL-PASAL MAK MEREKA JADI MANGSA FAKE NEWS DARI GROUP WHATSAPP. HARAP KORANG DILUAR SANA LEBIH BERETIKA DALAM DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TERUTAMANYA DALAM GROUP WHATSAPP.

Sumber: Twitter @arifjemali

+ Baca respon pembaca brader ni marah sebab sebar fake news di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media