Telur Separuh Masak Mempunyai Khasiat Untuk Kesihatan



Terdapat segelintir antara kita suka untuk makan telur separuh masak pada setiap pagi. Seperti semua tahu telur mengandungi protein yang baik untuk badan dan mempunyai nutrisi seperti riboavin dan selenium. Untuk pengetahuan korang, telur separuh masak mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding telur goreng dan telur dadar.


Telur separuh masak mempunyai khasiat untuk kesihatan antaranya mampu untuk mengecilkan ukuran pinggang jika dimakan sebanyak 2 biji pada setiap hari. Selain itu, kandungan nutrisi yang terdapat dalam telur separuh masak dapat membentuk otot kita menjadi lebih kuat dan berisi. Telur separuh masak juga mengandungi Vitamin A yang mampu untuk menjaga kesihatan dan fungsi pada mata kita.


Pasti ramai tidak tahu bahawa telur separuh masak mengandungi Asid amino yang tinggi. Asid amino mempunyai sumber energi yang lebih baik dari protein kerana boleh membuatkan kita rasa kenyang dengan lebih lama serta membantu untuk menurunkan berat badan. Akhir sekali Telur separuh masak juga mampu untuk mengubati Amenia jika tubuh mengalami kekurangan darah dan Vitamin B12.

OHMEDIA : AMALKAN MAKAN TELUR SEPARUH MASAK 2 BIJI SEHARI KERANA  IANYA MEMPUNYAI BANYAK MANFAAT UNTUK KESIHATAN DAN TUBUH BADAN

+Baca respon pembaca telur separuh masak mempunyai khasiat untuk kesihatan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media