Pandangan Pertama Animasi Mechamato Dipertontonkan. Power Sphera Universe Bermula!


Fuhh! Rasanya memang inilah antara yang dinanti-nantikan oleh peminat animasi Boboiboy apabila animasi baru dari Monsta yang bertajuk Mechamato buat kali pertamanya mendedahkan video khas pandang pertama animasi ini.

Selepas berjaya dengan filem kedua mereka pada tahun lalu melalui filem Boboiboy The Movie 2, Monsta telah mengumumkan untuk memberi fokus kepada pembangunan animasi Mechamato dan beberapa projek lain pada tahun 2020.

Apa yang lebih menarik lagi, watak Amato dalam animasi ini adalah bapa kepada Boboiboy yang memiliki kuasa Power Sphera dari MechaBot yang mampu berubah bentuk menjadi senjata mengikut apa sahaja objek di sekelilingnya.


Dalam video ini, korang dapat tengok kualiti animasi yang sangat baik dan nampaknya siri ini akan menjadi lebih menarik lagi apabila ia menceritakan universe power sphera itu sendiri. Ohmedia tertarik dengan watak Armored Hero Mechabot yang dilihat penuh misteri dan seumpama ada muslihat. Apa-apapun kena tonton siri dia nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak turut mengatakan yang video ini pada asalnya hanya untuk kegunaan dalaman sahaja. Tetapi selepas berbincang dan melihat kepada arahan PKP ini, mereka bersetuju untuk memperlihatkannya kepada umum.


Ohmedia ucapkan selamat maju jaya kepada team Monsta dan terus diberikan semangat untuk menaikkan animasi negara ke peringkat antarabangsa. Wajib tonton!

Sumber: Boboiboy

+ Baca respon pembaca yang minat dengan animasi dari Monsta di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media