Apa dah jadi sebenarnya gais? Ohmedia dengar cerita yang pendakwah bebas, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias telah menggunakan panggilan yang kurang sesuai terhadap isteri-isteri Rasulullah.
Walaubagaimanapun, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya, @puazmanofficial dimana kenyataannya sebelum ini secara siaran langsung telah disalahertikan oleh beberapa pihak.
Cik Man minta maaf terhadap salah faham terhadap kenyataan Cik Man yang mengatakan poligami bukanlah sunnah tapi keadilan itu Sunnah. Cik Man bukan menolak kesunahan poligami secara total tetapi menepis pendirian segelintir yang mengatakan sunnah poligami hanya berdasarkan kepada bilangan tapi mengabaikan soal keadilan dalam rumahtangga. Cik Man juga memohon maaf atas penggunaan perkataan yang kurang sesuai merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah iaitu 'orang tua'. Tidak ada bentuk penghinaan ke atas mereka tetapi merujuk isteri-isteri Nabi adalah wanita-wanita yang pernah berkahwin sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Cik Man ucapkan terima kasih kepada ustaz-ustaz dan individu yang memurnikan salah faham ini dan memberi teguran.
OHMEDIA: BAGUS BETUL ORANG MACAM PU AZMAN NI. ORANG TEGUR DIA PUN TERUS MINTA MAAF. TAK MACAM SORANG LAGI TU HEHE.
Sumber: Instagram
+ Baca respon pembaca minat PU Azman di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media